Tuesday, September 1, 2015

BACKPACKERS HATYAI DAN KRABI

Assalamualaikum semua orangggggg!
yeahhh,dah dekat seminggu aku di malaysia tercinta ni ha. sekarang baru rajin nak berceloteh sikit mengenai pengalaman aku sepanjang backpackers for the first time dgn kawan.

Perjalanan kitaorg seramai 10 orang ni adventure sikit la. sbab semua pakat nak pi belah darat. memandangkan kami semua org aloq staq kedah apa lagi redah pi hatyai ngan krabi naik train.

21 Ogos 2015



ha tudia ni la geng backpackers aku seramai 10 orang.
tidak nak pi bantai lagi ramai tapi setelah menghadapi cabaran dan rintangan tinggallah 10 orang ni yang diizinkan tuhan untuk pi mengembara.
aku dapat kenai kawan baru jugak. amar,aiman, farza dan ain baru first time kami jumpak, yang lain tu kawan kolah menengah aku.


Ini gambar dekat border padang besar berenti nak isi white slip tu.
Train dri ktm alor setar btolak pukui 7.40 pagi waktu malaysia.
Dalam pukui 10.00 pagi kitaorg sampai di imigresen thailand tu untuk isi borang white slip tu ngan cop passport.
Dekat sini depa bagi rehat selama sejam untuk buat urusan itu semua maaa.
11.20 pagi waktu Malaysia bertolak dri imigresen meneruskan perjalanan ke railway station hatyai,thailand.
12.15pm kitaorang berjaya menjejakkan kaki kitaorg di bumi Thailand!




Kitaorang bermalam semalam di hatyai sebelum pi krabi. Kitaorang booking LaemthongHotel dekat agoda.com. Dari railway station ke hotel kitaorang jalan kaki ramai-ramai sebab hotel tu jarak 300m ja dri railway station. Tapi satu ja nak pesan korang kena aplikasikan ilmu menepis jurus bagai ni. Sebab lepas turun dri train ja ramai orang thailand tawarkan tuk-tuk dan macam-macam pakej lagi. Aku dah la penat galas beg yg berat depa dok mengekor kita plak terang padahal geng aku dah terang siap dah kitaorg dah ada agensi sdiri dah booking hotel dah. Hahaha.

Tapi aku lupa nak amik gambaq Laemthong Hotel ni plak. Hotel dia memang old school gilaaa. Guna perabot lama dan bilik pon luas. Kami sumbat dok empat orang,maybe sebab hotel lama tu bilik luas kot. Walaupun bilik kipas tapi serius sejukkkk. Okay,aku dah terlampau excited sampai melalut dah ni ceqita. hehehe. Lepas check in,kitaorang naik bilik rehat kejap dan solat jamak sesiap. Apalagi lepas tu food hunting la! hahaha. geng aku dah kaki makan,kaki shopping dan kaki segalanya la.


Memula jalan sesat. Hahaha,sebab kat hatyai kitaorang gamble ja. Yang dalam pala otak waktu tu semua pikiaq nak makan tomyam ja. Tengah jenjalan semua orang pon x lunch lagi kitaorang pi terjah Lee Garden jap yang dulu pernah kena bom tu. Perghhhh,security kat Lee Garden ni memang ketat. Nak masuk tu kena beratur ada orang jaga kena geledah beg kita depa check kita kot-kot ada yang bawak bom ke. Opssss. hahaha. Aku dah la lapaq nak check beg aku plak. Reda ja la dah nama pon mai berjalan.

Kitaorang pening gak la nak caqi halal food kat area Lee Garden ni tapi jangan risau tanya orang sekitar so kitaorg makan tengahari kat Restoran Hamid

Ni dia makanan untuk lima orang. Boleh tahan la sorang makan 100Baht

Lepas makan kami jalan-jalan sekitar Lee Garden tengok persekitaran sebab nak pi Klong Hae Float Market tak buka lagi waktu tu. Katanya buka 4 petang waktu thailand. So kitaorang survey ngan peta jauh ke x nak pi float market tu. kitaorang pi naik tuk-tuk Pak Man. Pak Man ni muslim dan boleh cakap melayu.

Here we go Float Market!

Klong Hae Float Market


murah makanan dekat sini. Dalam 20-50 Baht

Selfie duluuuuu

Makan lagiiii. 

Brother ni macam tau ja kitaorang nak amik gambaq dia teruih pakai spek ngan posing lagi. Tapi ayaq teh ais kat brother ni memang pekat gilalah dan puas hati!


Kitaorang lepak kat pasar terapung ni lama la gak. Dalam dua jam lebih macam tu kot. Sebab bukan ada jual makanan ja kedai barang souvenier pon ada. Baju i love hatyai, topi, keychain ngan memacam lagilah souvenier.

6.00 petang waktu thailand kitaorang pi Asean Trade Market menggunakan tuk-tuk Pak Man jugak. Hati-hati kat area nak pi pasar terapung banyak anjing tapi jangan lari sebab anjing kat sini xmacam anjing kat kawasan rumah aku suka ligan orang. Anjing kat sini wat endah x endah ja.


 Dah sampai!





Ini namanya Pad Thai. 50Baht ja. Aku beli dekat food court Asean Trade Market. Memang sedapppppp

Sedih tershopping kat Asean Trade Market. Padahai baru first day dah joli sakan shopping. Belum shopping kat krabi lagi niiiii.

Sebelum balik hotel jalan sekitar hatyai shopping lagiiii. Nafsu shopping menjadi-jadi betui!

Kreatif kan buat lampu tidur daqi tempurung kelapa. Dekat Lee Garden 

Sis dah penat dah ni usung barang dari petang sampai ke malam. Time ni nak bebai semua ada. Dok nampak katil hotel ja ni


*********************************************************************************
Sekian dahulu hari pertama aku di Hatyai. Nanti aku free aku update hari seterusnya di Krabi!





No comments:

Post a Comment