Wednesday, September 2, 2015

BACKPACKERS HATYAI DAN KRABI PART II

22 Ogos 2015

*****Entry kali ini menggunakan waktu Thailand*****

Kitaorang check out dari Laemthong Hotel pukul 8.10 pagi untuk bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Krabi. My first impression ingat Hatyai ke Krabi tu dekat ja la macam kedah ke perak sebab xmau percaya cakap abah aku sangat. Sekali amik ang macam kedah ke kl dalam 5 jam macam tu kalau pi belah jalan darat. Sepanjang perjalanan nak ke Krabi kitaorang banyak berhenti amik gambaq la makan la pergi toilet la isi minyak la. 

Pengembaraan bermulaaa!


Pukul 10.30 pagi kitaorang berenti makan dekat Rnr Trang-Pathalung. Dekat sini restoran muslim dijamin halal. Perghhh,makanan dia memang pedas betui. Untuk makan ni kitaorang x yah bayaq sebab dah include dengan pakej kat Krabi. Aku apa lagi dah bantai nasi pekena mee celup hijau thailand pulak. Memang meletoppp dan pedas gila. Menangisss ooo makan

Bersama travel mate ngan brother yang amik kitaorang kat Hatyai


Dekat sini berenti amik gambaq lama sangat sampai drag masa nak sampai ke Krabi


Dengan patung gajah





We love Khao Pub Pa



Selfie lagiiii

Lepas berenti makan semua kami meneruskan perjalanan ke Krabi. 
Pukul 1 petang kami akhirnya dah sampai ke Krabi! yeayyyy,setelah menempuh jalan yang begitu mencabar macam nak ke Cameron Highland pulakkk.
Kami terus pergi ke Emerald Pool ngan Blue Pool. Bayaran aku x ingat pulak sebab semua dah include dalam pakej yang kami amik kat Krabi.


One more thing time sampai ke Emerald Pool tempat parking dia ladang kelapa sawit macam nak ke Broga tu. Sapa penah pi Broga tau la. Macam tu la tempat dia parking van kat situ kena jalan turun bukit sikit ke tempat masuk Emerald Pool. Sepanjang jalan ke tempat masuk Emerald Pool banyak warung makan dan souvenier.

Ni suasana sebelum nak sampai ke tempat masuk Emerald Pool


Pintu masuk ke Emerald Pool dan Blue Pool


Nak ke Emerald Pool ni kena berjalan skit.



Air yang mengalir dari Emerald Pool. Jernih gilaaa kan!


Laluan nak ke Emerald Pool. Penat oiii berjalan


Jalan lagi sehingga berjumpa dengan Emerald Pool~


Finally, we found it! Berbaloi la jalan jauh bila nampak Emerald Pool ni wooowww speechless sebab cantik sangat!


Sekitar Emerald Pool


Bergambar kenangan di pintu masuk Emerald Pool dengan peah



Amik gambar ngan signboard pon jadi laaa


Ha kalau ampa nak pi Blue Pool pulak dia atas sikit dari Emerald Pool. Ampa kena jalan lagi 800m kot xsalah aku sebab Blue Pool tu kat atas puncak sikit. Dan jalan nak pi memang adventure


Jalan nak ke Blue Pool okay lagi bila masuk hutan tu adventure sikit. Kena hati-hati kalau waktu hujan jalan licin


Berbaloi aku kerah tenaga berjalan nak tengok Blue Pool sebab MasyaAllah cantik gila view dia




Dekat Blue Pool ni xleh mandi sebab ayaq dia dalam dan tanah dia jerlus. Sebab tu dilarang mandi utk safety. 

Dekat Blue Pool ni ada signboard cakap kalau kita tepuk tangan  kuat-kuat ayaq kat pool ni akan pops up. 


Otw turun dari Blue Pool


Penat jalan dan lagi bergambaq.hehehe


Lepas semua dah puas kitaorang balik ke van sebab seterusnya nak pi Hot Spring pulak.
Pukul 2.45 bertolak ke Hot Spring. Here we go!


Dah sampai!


Air yang mengalir dari Hot Spring semulajadi. Ramai sangat orang xamik la gambaq belah Hot Spring tu sebab paham-paham ja la semua pakai pakaian miskin


Ni dekat kolam buatan Hot Stream ayaq daqi Hot Stream semulajadi. Nak mandi kat sini pon boleh sebab xramai orang pon, Kitaorang rendamkan kaki ja.





Lepas dari Hot Stream kitaorang balik check in dekat Aonang. kitaorang stay dekat 3 Bees guesthouse. 5 petang check in naik rehat solat jamak malam tu pergi Krabi Town Night Market.


Affordable price dekat 3 Bees Guesthouse. Owner dia pon friendly dan selesa kat sini.



Bersama owner 3 Bees Guesthouse

Dekat sini maghrib 6.30 petang so lepas solat jamak dan rehat kitaorang kuaq pergi Krabi Town Night Market pukui 8 malam untuk cari souvenier dan makan malam.
Night Market kat sni hanya ada waktu weekends ja. 10 malam balik hotel rehat sebab esok nak pi Island Hoping dekat Phi Phi Island.

********************************************************************************

Part III akan disambung nanti plak. hahaha.





No comments:

Post a Comment